Staf
26

Classes

Pelajar Aktif
39

Active Users / Hour

Program Pengajian
2

Course enroll

Graduan

Happy Student

PENGUMUMAN / HEBAHAN

JPP PERINGKAT NEGERI SEMBILAN & MELAKA 2024.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudari Noor Izzah Nadiah Bt Borhan, pelajar Sijil Terapi Kecantikan dan Spa KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, NS kerana telah terpilih sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Peringkat Negeri Melaka & Negeri Sembilan bagi tahun 2024. Semoga beliau dapat menggalas amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi disamping tanggungjawab sebagai seorang pelajar TVET di KKTNS.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Norashikin binti Anjur, Pensyarah Sijil Asas Ikan Hiasan KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, NS atas pengiktirafan sebagai Juri International Betta Congress (IBC). Untuk makluman, International Betta Congress (IBC) merupakan satu badan atau organisasi bagi pencinta dan penternak ikan Betta atau ikan laga (Betta sp.) di seluruh dunia. Semua pemain ikan Betta atau ikan laga ini akan bertanding di peringkat antarabangsa serta berkongsi info tentang Betta sp. dalam pertandingan yang dianjurkan setiap tahun oleh IBC.

MASSAGE CHAMPIONSHIP WORLD CUP

Tahniah kepada Unit STK atas kejayaan pelajar di pertandingan Massage World Cup 2023. Teruskan kecemerlangan

MASSAGE CHAMPIONSHIP WORLD CUP

PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 1 2023/2024

KEJOHANAN PETANQUE PELAJAR KKTNS 

KEJOHANAN PETANQUE WILAYAH NEGERI SEMBILAN & MELAKA MYPOLYCC..Anjuran KK JELEBU 23 NOVEMBER 2023

TAKLIMAT PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMPIN NEGERI SEMBILAN (KKTNS) & TAKLIMAT PENAMPILAN DIRI

Tarikh: 22 Januari 2024 (Isnin)
Masa: 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan
Satu taklimat berkaitan pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) telah disampaikan oleh Pn. Siti Hajar binti Sulaiman, Pegawai Pengambilan KKTNS kepada para pelajar Tingkatan 1 - 4 SMK Jelai (F). Bagi mempromosikan program sepenuh masa yang ditawarkan di KKTNS iaitu Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, satu taklimat berkaitan Penampilan dan Imej Diri telah disampaikan oleh Pn. Siti Aminah binti Mohd Lazim, Pensyarah Kanan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa KKTNS kepada semua pelajar yang terlibat. Diharapkan taklimat yang diberikan dapat memberi input berkaitan ambilan kolej komuniti khususnya serta manfaat kepada semua pelajar berkaitan penampilan dan imej diri. Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Jelai (F) atas jemputan ini

BACA PENUH

PAMERAN HARI PENDIDIKAN DAN INFORMASI KERJAYA 2024 SMK BUKIT ROKAN


Tarikh: 22 Januari 2024 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Semerbak, SMK Bukit Rokan
Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan (KKTNS) telah menyertai Pameran Hari Pendidikan dan Informasi Kerjaya 2024 di SMK Bukit Rokan. Sempena program ini, Pn. Noorhidalys binti Atan dan Pn. Siti Hajar binti Mat Noh, Pensyarah Sijil Terapi Kecantikan dan Spa KKTNS telah melaksanakan demonstrasi solekan kesan khas kepada pelajar yang berminat di booth pameran KKTNS. Selain itu, Timbalan Pengarah Pengurusan KKTNS, En. Mohd Hilmi Husaini bin Omar telah menyampaikan taklimat berkaitan ambilan pelajar kolej komuniti kepada para pelajar. Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan yang diberikan.


Permohonan kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti melalui UPUOnline telah dibuka!
Jangan lupa untuk jadikan Kolej Komuniti Tampin sebagai pilihan utama anda. Kolej Komuniti Tampin menawarkan dua program pengajian sepenuh masa: Sijil Terapi Kecantikan dan Spa serta Sijil Khas Ikan Hiasan (OKU Masalah Pembelajaran). Tempat adalah terhad. Mohon segera !!!
"TVET @ POLYCC Pilihan Utama Kerjaya"


LATIHAN KHAS / KURSUS PENDEK

LATIHAN KHAS & KURSUS PENDEK.

KURSUS TEKNIK PERAPIAN BULU WAJAH

PSH

INSTAGRAM FOR BUSINESS

Alamat:
Jln Impian Nuri 3, Taman Impian Jaya, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan

Telefon: 
06 - 4316029
Faks:
06 - 4316030

Email:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.